Kolaboratif CEDAR dan Qatar Airways beri 5,000 mata ganjaran

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PELANGGAN SME Bank melalui platform digital ODELA berpeluang mendapatkan 5,000 mata ganjaran Qrewards hasil kolaberasi strategik antara Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) dan Qatar Airways.

Ketua Pegawai Eksekutif CEDAR, Mohd Sofian Zubir berkata, kerjasama antara CEDAR dan Qatar Airways baru-baru ini merupakan usaha SME Bank dan anak syarikatnya mengembangkan perkhidmatan di luar skop pembiayaan.

Menurutnya, ODELA merupakan salah satu inisiatif bagi membantu usahawan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) meluaskan lagi rangkaian perniagaan mereka secara digital.

“Ahli ODELA juga akan mendapat akses kepada kemudahan pembiayaan dan analisis perniagaan bagi membantu mereka merancang pembangunan perniagaan mereka.

“Kolaboratif tersebut membolehkan pelanggan SME Bank yang berdaftar dengan ODELA menerima mata ganjaran Qrewards setelah mereka berdaftar menjadi ahli Qatar Airways Beyond Business melalui platform ODELA.

“Mata ganjaran tersebut boleh digunakan untuk menebus tiket penerbangan dan lain-lain kemudahan yang disediakan oleh Qatar Airways.” katanya pada Rabu.

Sementara itu, Pengurus Serantau ASEAN Qatar Airways, Datuk Muzammil Mohamad berkata, kolaboratif strategik adalah satu langkah bagi membantu perkembangan ekosistem PKS di Malaysia berhubung dengan negara-negara luar terutamanya di Eropah, Afrika, Amerika dan Timur Tengah.

ODELA merupakan salah satu aplikasi di bawah Platform Digital PKS Kebangsaan yang merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan diletakkan di bawah seliaan SME Bank.

Artikel Berkaitan:

Aplikasi tersebut berjaya mencatatkan transaksi berjumlah lebih RM4.6 juta dan sebanyak 848 produk dan perkhidmatan sejak dilancarkan pada 3 Disember 2019.