X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO sifatkan Agong utamakan prinsip Keluhuran Perlembagaan

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A

KUALA LUMPUR - Pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat membuktikan Seri Paduka Baginda mengutamakan prinsip Keluhuran Perlembagaan.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, setiap cabang sistem demokrasi negara perlu akur kepada prinsip Rukun Negara termasuk kerajaan (Eksekutif).

Beliau menyifatkan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah membuktikan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara yang memayungi rakyatnya meletakkan sistem Demokrasi Berparlimen pada tahap amat tinggi.

“Pendirian agar Parlimen kembali bersidang sesegera mungkin adalah selari dengan hasrat memelihara peranan 'legislative oversight' atau semak dan imbang yang dimainkan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Shahril Sufian menjelaskan pendirian itu mendorong kepimpinan UMNO sebelum ini menggesa suatu solusi yang membenarkan persidangan Parlimen tanpa membelakangi titah Seri Paduka Baginda mengenai pengisytiharan proklamasi darurat.

Al-Sultan Abdullah pada Rabu menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong zahir pandangan Parlimen boleh bersidang semasa darurat

PH gesa Muhyiddin panggil sidang Parlimen seawal Mac


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!