PU Azman saran henti nyanyi lagu Si Nopal

Paparan skrin Instagram PU Azman berkaitan lagu Si Nopal.
Paparan skrin Instagram PU Azman berkaitan lagu Si Nopal.
A
A
A

PENDAKWAH terkenal, Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias meminta warganet berhenti menyanyikan lagu Si Nopal kerana ia membawa maksud tidak baik dan lucah.

Menerusi Instagram peribadinya, PU Azman memberi penerangan berhubung perkataan 'bahenol' yang disebut dalam lagu animasi dari Indonesia yang semakin tular di media sosial itu.

Menzahirkan kekesalan kerana sebelum ini beliau turut menyanyikan lagu itu, PU Azman berkata hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan oleh netizen.

"Saya mendapat maklumat daripada netizen dan membuat beberapa rujukan, saya dapati ia membawa maksud lucah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Demam Si Nopal landa Malaysia

Rakaman video animasi Si Nopal ketika berada di dalam hutan bersama Si Nopal dan 'cute girl' tular di media Malaysia kerana menggunakan kata-kata lucu dan mencuri perhatian sesiapa jua.

Jelas PU Azman, beliau turut membuang video berkaitan Si Nopal dan memohon maaf kepada netizen di atas kekhilafannya.

“Saya dah delete video berkaitan Si Nopal termasuk video animasi ketika berkhemah. Saya mohon maaf kepada netizen dan ingin menyarankan supaya tidak menyebut perkataan dan mengikuti lagi sebarang perkembangan tentang Si Nopal.

Artikel Berkaitan:

"Bahenol bermaksud bentuk badan perempuan yang ghairah dan montok," katanya di Instagram.