X

Kindly register in order to view this article
!

Vaksin: Titik mula tamatkan jangkitan Covid-19

Dr Noor Hisham menunjukkan aplikasi MySejahtera selepas selesai menjalani suntikan vaksin di PPV Covid-19 di PKD Putrajaya pada Rabu.
A
A

PUTRAJAYA - Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilancarkan secara rasmi pada Rabu bakal menjadi titik permulaan untuk menamatkan jangkitan wabak Covid-19 di negara ini.

Perkara itu diakui Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah selepas beliau bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi antara individu terawal di Malaysia menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

"Ini titik permulaan penamatan jangkitan Covid-19 di negara ini.

"Saya tidak rasa apa-apa (kesan sampingan) selepas menerima suntikan vaksin ini," katanya kepada media selepas selesai pelancaran program itu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya di sini pada Rabu.

Sementara itu, ditanya mengenai kaedah pemantauan yang akan dibuat ke atas individu yang menerima suntikan vaksin itu, Dr Noor Hisham berkata, ia akan dilakukan melalui aplikasi MySejahtera.

"Kita pantau guna MySejahtera. Kalau ada komplikasi, ia akan terus dilaporkan (kepada KKM)," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan dirinya selepas menerima suntikan tersebut, beliau menjelaskan tidak menerima sebarang kesan sampingan dan semua dalam keadaan baik.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!