X

Kindly register in order to view this article
!

Rempuh pagar dua rumah elak anjing

Pagar dua buah rumah yang dirempuh pemandu terbabit dalam kejadian di Jalan Bukit Senjuang, Melaka pada malam Selasa. Gambar kecil: Afzanizar Ahmad
A
A

MELAKA - Gara-gara mengelak seekor anjing yang melintas jalan, seorang kontraktor cedera apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya merempuh pagar dua buah rumah di Jalan Bukit Senjuang di sini pada malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, mangsa, Choo Kean Sheng, 45, yang beralamat di Taman Bukit Katil Damai mengalami luka pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian, mangsa memandu kenderaan jenis Nissan Navara dalam perjalanan dari Jalan Parameswara menuju lampu isyarat Semabok.

Setiba di lokasi kejadian, katanya, tiba-tiba muncul seekor anjing yang melintas jalan menyebabkan pemandu terkejut sebelum cuba mengelak haiwan tersebut, namun gagal dan hilang kawalan.

"Mangsa kemudian terbabas lalu merempuh dua pagar rumah di jalan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Bagaimanapun Afzanizar berkata, setakat ini mangsa belum membuat laporan polis.

"Kes disiasat Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!