Pemandu Myvi rempuh van dibebaskan dengan jaminan polis

Superintendan Azman Shari'at
Superintendan Azman Shari'at
A
A
A

SERDANG - Lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi secara laju dan melulu sehingga merempuh dua kenderaan di Bandar Kinrara di sini Isnin lalu dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya selepas semua keterangan individu berkaitan diambil.

"Kita sudah menyerahkan sampel darah lelaki itu kepada Jabatan Kimia dan keputusan dijangka mengambil sedikit masa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Azman berkata, pemeriksaan fizikal kenderaan terbabit juga akan dilakukan

"Kita mohon saksi yang mempunyai rakaman 'dash-cam' sebelum kemalangan itu berlaku menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Syafiq Mohd Nasir di talian 012-9845477 untuk membantu siasatan," katanya.

Dalam kejadian pada jam 2 petang itu, pemandu kereta berusia 26 tahun itu merempuh van dan Proton Waja mengakibatkan pemandu van cedera parah.

Pemandu Myvi itu dikatakan cuba melarikan diri tetapi ditahan orang awam yang kemudian menyerahkannya kepada polis.

Rakaman video kemalangan yang menunjukkan kereta Perodua Myvi terbabit dipandu laju dan hampir melanggar seorang penunggang motosikal tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Artikel Berkaitan: