Lelaki maut terjatuh dari tingkat dua

Anggota polis sedang melakukan persiapan sebelum menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian pada pagi Rabu -Foto: Ihsan pembaca
Anggota polis sedang melakukan persiapan sebelum menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian pada pagi Rabu -Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat dua dalam kejadian di sebuah flat di sini pada pagi Rabu.

Kejadian itu hanya disedari isteri mangsa, 58, kira-kira jam 5.30 pagi selepas mendapati tingkap di luar tandas terbuka lalu menjenguk ke bawah sebelum ternampak bayang-bayang putih di bawah.

Menurut sumber, berasa ada sesuatu yang tidak kena, isteri mangsa terus turun bersama anak saudaranya untuk membuat pemeriksaan.

"Sampai sahaja di bawah, dia ternampak suaminya sudah terbaring tidak sedarkan diri sebelum menghubungi pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini bagi mendapatkan bantuan segera.

"Isteri mangsa mendakwa suaminya mengalami kemurungan dua tiga hari sebelum kejadian selain sering bersendirian dan termenung tanpa diketahui puncanya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Artikel Berkaitan: