Resolusi fahaman 'Ibu Yati' disembah maklum kepada Majlis Raja-raja

Zulkifili
Zulkifili
A
A
A

KUALA LUMPUR - Resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-118 berhubung fahaman 'Ibu Yati' telah disembah maklum kepada Majlis Raja-raja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifili Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, resolusi itu dihasilkan selepas mesyuarat mendengar pembentangan laporan mengenai fahaman terbabit oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 17 Februari lalu.

"Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada JAIS selaku pihak berkuasa agama negeri atas kerjasama yang utuh dalam memelihara akidah umat Islam.

"Kerajaan persekutuan dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri sentiasa berganding bahu dalam memastikan isu-isu membabitkan penyelewengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dapat diatasi dengan sebaiknya," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi beliau pada Rabu.

Menurutnya, hantaran itu dimuat naik bagi memberi sedikit perkembangan berhubung fahaman terbabit untuk makluman masyarakat, khususnya yang beragama Islam. - Bernama

Artikel Berkaitan: