KPM benar murid pakai pakaian biasa ke sekolah

Kenyataan KPM pada Rabu berhubung kebenaran pelajar memakai pakaian biasa ke sekolah.
Kenyataan KPM pada Rabu berhubung kebenaran pelajar memakai pakaian biasa ke sekolah.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan pelajar memakai pakaian biasa yang sesuai, kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah jika belum mempunyai pakaian seragam sekolah.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, kebenaran tersebut diberikan bermula 1 hingga 26 Mac ini iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021.

Bagaimanapun, katanya, murid yang mempunyai pakaian seragam perlu memakai pakaian tersebut tertakluk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah.

“Kebenaran tersebut diberikan mengambil kira keadaan semasa dan pertanyaan ibu bapa tentang peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak,” kata kenyataan tersebut pada Rabu.

Pada 19 Februari lalu, KPM mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Mac ini.

KPM berharap kebenaran tersebut membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka dan sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah bermula 1 Mac ini

Artikel Berkaitan: