Biden, PM Iraq bincang insiden serangan roket

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Perdana Menteri Iraq, Mustafa Al-Kadhimi mengadakan perbincangan mengenai serangan roket yang menyasarkan tentera AS dan Iraq, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan Rumah Putih.

"Presiden Joseph R Biden hari ini berbincang dengan Perdana Menteri Iraq, Mustafa Al-Kadhimi menerusi telefon.

"Presiden mengulangi pendirian AS menyokong kedaulatan dan kemerdekaan Iraq dan memuji kepemimpinan Perdana Menteri.

“Mereka membincangkan insiden serangan roket baru-baru ini terhadap tentera Iraq dan AS serta sepakat bahawa dalang serangan itu perlu dikenakan tindakan sewajarnya,” tambah kenyataan itu.

Kedua-dua pemimpin turut berbincang mengenai Dialog Strategik dan usaha meningkatkan lagi kerjasama dua hala berkaitan isu penting yang lain.

Menurut kenyataan itu lagi, Biden bersetuju untuk terus berhubung rapat dengan Perdana Menteri Iraq pada masa akan datang.

Pada 15 Februari, beberapa bedilan roket disasarkan ke Pangkalan Udara Erbil di Kurdistan Iraq, membunuh seorang kontraktor awam dan mencederakan sembilan yang lain.

Sebuah kumpulan militan Syiah dilaporkan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: