JAIS tunggu mahkamah keluar waran tangkap terhadap Sajat

Laporan Sinar Harian pada Selasa mengenai Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.
Laporan Sinar Harian pada Selasa mengenai Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menunggu waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Jurucakap JAIS ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu berkata, buat masa ini, pihaknya masih menunggu waran tangkap itu sebelum sebarang penahanan dilakukan.

"Buat masa ini, waran tangkap berkenaan dikeluarkan oleh mahkamah mungkin pada hari ini atau esok.

"Selepas itu, barulah penahanan akan dilakukan ke atas pihak berkenaan," katanya.

Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir dalam sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Nur Sajat didakwa atas pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita.

Menerusi prosiding pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah selepas didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah keluar waran tangkap terhadap Sajat