Ireland lanjut 'lockdown' kali ketiga

Ireland akan melanjutkan lagi tempoh 'lockdown' selama sebulan lagi bagi membendung penularan Covid-19 di negara itu. - Foto AFP
Ireland akan melanjutkan lagi tempoh 'lockdown' selama sebulan lagi bagi membendung penularan Covid-19 di negara itu. - Foto AFP
A
A
A

DUBLIN - Perintah 'lockdown' kali ketiga bagi membendung penularan Covid-19 akan dilanjutkan selama sebulan lagi di Ireland, kata Perdana Menteri, Micheal Martin pada Selasa.

Beliau turut menyalahkan satu varian virus tersebut yang pertama kali dikenal pasti di United Kingdom (UK) sebagai punca langkah itu dilaksanakan.

Perintah 'lockdown' ketika ini yang dilaksanakan sejak Disember tahun lalu dijangka tamat pada 5 Mac depan tetapi disebabkan tempoh masa sebulan dilanjutkan, ia akan berakhir sehingga 5 April depan.

Perniagaan-perniagaan tidak penting, restoran, pub dan gimnasium akan kekal ditutup.

Nasihat kerajaan 'kekal tinggal di rumah' telah diperbaharui dan had perjalanan sejauh lima kilometer juga kekal dikuatkuasakan, kata Martin dalam ucapan di televisyen.

"Kita perlu menggunakan bulan Mac untuk menurunkan semula kes dan menurunkan ke peringat yang serendah mungkin," ujarnya seperti dilaporkan AFP.

Perdana Menteri itu menegaskan varian Covid-19 yang pertama kali dikenal pasti di UK sebelum ditemui di Ireland pada 25 Disember tahun lalu telah menjadi masalah utama sehingga meningkatkan kadar jangkitan sebanyak 90 peratus kes baru.

Beliau berkata, sekolah-sekolah di Ireland yang masih tidak dibuka selepas cuti pada Disember tahun lalu akan mula dibuka secara berperingkat pada Isnin depan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran terperinci bagi menamatkan 'lockdown' di seluruh negara.

"Kita perlu memantau setiap keadaan dengan penuh berhati-hati," ujarnya.

Ireland yang mempunyai 4.9 juta penduduk telah mencatatkan 4,181 kematian akibat Covid-19.

Negara itu dijangka menerima lebih dua juta dos vaksin Pfizer/BioNTech pada suku kedua tahun ini. - Agensi