Anggaplah benda itu tiada: Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh menjawab soalan media ketika ditemui sempena Program Gerak Tumpu IOW Proklamasi Darurat dan Kempen Pematuhan SOP Covid-19 Daerah Bachok di Kampung Budi, Bachok pada Rabu.
Nik Mohamad Abduh menjawab soalan media ketika ditemui sempena Program Gerak Tumpu IOW Proklamasi Darurat dan Kempen Pematuhan SOP Covid-19 Daerah Bachok di Kampung Budi, Bachok pada Rabu.
A
A
A

BACHOK - Ahli Jawatankuasa Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Rabu menganggap bahawa dua kumpulan dikenali sebagai 'Geng Publika' dan 'Geng Ustaz' dalam parti itu tidak wujud.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok itu malah enggan mengulas lanjut dakwaan yang mengaitkan beliau antara empat ahli ‘Geng Ustaz’ konon memihak kepada UMNO dan dikatakan cuba menukar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya tak nak dengar cerita itu, anggaplah benda itu tiada,” ujarnya ringkas kepada pemberita di Kampung Budi di sini pada Rabu.

Nik Mohamad Abduh ketika disoal lagi adakah perkara itu fitnah semata-mata bagaimanapun hanya tersenyum sambil mengangguk perlahan-lahan.

Tular di satu kumpulan WhatsApp politik beberapa hari lalu mengaitkan Pas berdepan perpecahan dalaman parti susulan kewujudan 'Geng Publika' yang dikatakan pro Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan 'Geng Ustaz' yang didakwa memihak kepada UMNO serta dikatakan cuba menukar Abdul Hadi.

Pada masa sama, tersebar poster gambar ahli Pas terdiri empat geng masing-masing termasuk Nik Mohamad Abduh.

Poster yang tersebar memaparkan gambar ahli Pas konon berpecah dua kumpulan dikenali sebagai 'Geng Publika' dan 'Geng Ustaz'.
Poster yang tersebar memaparkan gambar ahli Pas konon berpecah dua kumpulan dikenali sebagai 'Geng Publika' dan 'Geng Ustaz'.

Beliau sebelum itu merasmikan Program Gerak Tumpu Info On Wheels (IOW) Proklamasi Darurat dan Kempen Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 Daerah Bachok oleh Jabatan Penerangan (JaPen) Kelantan yang turut dihadiri pengarahnya, Azahar Ismail di sekatan jalan raya di Kampung Budi di sini.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, berkaitan isu persidangan Parlimen yang tertangguh katanya, beliau tidak menyekat sekiranya diadakan persidangan berkenaan.

“Kita perlu melihat kepada kepentingan rakyat.

“Dalam tempoh proklamasi darurat, perkara akan diumumkan pada bila-bila masa yang sesuai oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh kerajaan,” katanya.