X

Kindly register in order to view this article
!

Tuchel ingatkan Chelsea jangan rasa selesa

Tuchel memuji persembahan yang dipamerkan Giroud dalam perlawanan menentang Atletico Madrid.
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel mengingatkan para pemainnya untuk tidak berada dalam zon selesa selepas melakar kemenangan penting 1-0 ke atas Atletico Madrid dalam aksi pusingan pertama 16 pasukan terakhir dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Menurutnya, The Blues perlu terus mempamerkan aksi konsisten apatah lagi bakal berdepan aksi getir menentang Manchester United, Liverpool dan Everton dalam tiga aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) akan datang.

"Saya sangat gembira dengan persembahan semua pemain yang menunjukkan aksi bertenaga pada hari ni. Usaha yang bagus dan kerja keras yang tinggi, Semua pemain menunjukkan impak buat pasukan.

"Selepas ini, kami akan berdepan pasukan besar seperti Man Utd, Everton dan Liverpool. Saya harapkan momentum ini akan berterusan. Kami tidak boleh rasa selesa dan tidak boleh jadi malas.

"Kesemua perlawanan yang akan datang ini akan meningkatkan tahap kami dan kami akan rancang taktikal untuk saingan timbal balik menentang Atletico nanti," katanya.

Perlawanan menentang United, Liverpool dan Everton itu akan menguji kemampuan sebenar Tuchel yang setakat ini belum tewas dalam lapan perlawanan terakhir sejak mengambil alih pasukan daripada Frank Lampard.

Dalam pada itu, Tuchel turut menghamburkan pujian kepada penyerangnya, Olivier Giroud yang meledak gol tunggal kemenangan buat The Blues dalam kemenangan ke atas Atletico itu.

"Jika anda memerhatikanya setiap hari, anda tidak akan terkejut dengan prestasi dia. Dia cukup cergas daripada segi mental dan fizikal.

"Secara jujurnya saya lihat dia sangat seronok menjadi pemain profesional ketika di peringkat ini. Dia berlatih seperti seorang pemain berusia 20 tahun.

"Dia seorang pemain yang mempunyai gabungan watak serius dan gembira dalam latihan. Dia selalu positif dan itu adalah faktor besar buat pasukan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!