X

Kindly register in order to view this article
!

Maut keluar simpang

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu memberikan bantuan awal kecemasan di simpang jalan Lendu depan Taman Intekma, di sini, petang Selasa. Gambar kecil: Johari
A
A

ALOR GAJAH - Seorang warga emas maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di simpang Jalan Lendu depan Taman Intekma, di sini petang Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang, mangsa, Johari Kassim, 67, yang menunggang motosikal EX5 ketika keluar dari simpang Taman Intekma dan membelok ke arah Lendu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, setiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal Yamaha YZF-R25 yang ditunggangi graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor dari arah sama gagal mengelak lalu merempuh belakang motosikal mangsa.

Motosikal yang ditunggang lelaki berusia 26 tahun yang terlibat dalam kemalangan maut.
Motosikal yang ditunggang lelaki berusia 26 tahun yang terlibat dalam kemalangan maut.

Menurutnya, pelanggaran itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Alor Gajah kira-kira jam10.20 malam.

"Bagaimanapun penunggang berusia 26 tahun hanya mengalami luka-luka di muka dan dirawat di zon kuning hospital sama," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Rawatan Forensik dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!