X

Kindly register in order to view this article
!

PPM Wilayah Tiga tahan lelaki disyaki edar air ketum

Anggota PPM Wilayah Tiga menunjukkan bungkusan air ketum yang dirampas susulan penahanan suspek di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini pada Selasa. FOTO: PPM WILAYAH TIGA
A
A

KUANTAN - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Kuantan menahan seorang lelaki bersama 156 bungkusan air ketum hasil serbuan ke atas sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini pada Selasa.

Susulan penahanan suspek berusia 38 tahun itu, turut dirampas 10 kilogram daun ketum yang belum diproses dan beberapa peralatan yang digunakan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2,284.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Mohammad Said berkata, pihaknya melakukan serbuan ke atas rumah berkenaan hasil maklumat awam berkaitan aktiviti pengedaran dan pemprosesan air ketum di kawasan tersebut.

Bungkusan air ketum ditemui dalam sebuah tong hasil pemeriksaan ke atas rumah suspek di Felda Bukit Goh di sini pada Selasa. FOTO: PPM WILAYAH TIGA
Bungkusan air ketum ditemui dalam sebuah tong hasil pemeriksaan ke atas rumah suspek di Felda Bukit Goh di sini pada Selasa. FOTO: PPM WILAYAH TIGA

Menurutnya, dalam serbuan kira-kira jam 11.40 pagi itu, pihaknya menemui sebuah tong di dalam rumah tersebut dan hasil pemeriksaan menemui bungkusan cecair disyaki air ketum.

"Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan daun ketum dan peralatan memproses yang disorokkan di belakang rumah tersebut," katanya.

Norzaid berkata, suspek bersama barang rampasan dibawa ke Markas PPM Wilayah Tiga untuk siasatan lanjut di bawah Akta Racun 1952.

"PPM Wilayah Tiga mengalu-alukan kerjasama orang ramai bagi menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau penyeludupan ke talian 09-5137726," katanya.

Daun ketum yang belum diproses ditemui disorok di bahagian belakang rumah suspek. FOTO: PPM WILAYAH TIGA
Daun ketum yang belum diproses ditemui disorok di bahagian belakang rumah suspek. FOTO: PPM WILAYAH TIGA


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!