PRU15: Tiga penjuru undang perpecahan Melayu

Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli
A
A
A

PASIR MAS - Pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang boleh menyebabkan politik negara terus berada dalam keadaan terumbang-ambing apabila kerajaan yang bakal dibentuk dijangka tidak kukuh.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, selain 'merancakkan' lagi perpecahan dalam kalangan Melayu Islam, situasi itu secara tidak langsung memberikan impak negatif kepada persekitaran politik dan ekonomi negara.

"Jadi kami berpandangan pertembungan tiga penjuru tidak wajar berlaku pada PRU15 nanti.

"Perbezaan antara UMNO dan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) perlu diselesaikan segera dengan duduk semeja bagi mencari titik persamaan terbaik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pasir Mas di sini pada Rabu.

Menurutnya, titik persamaan antara kedua-dua parti itu penting bagi memastikan sebuah gabungan mantap berjaya dibentuk sebelum 'gelanggang' PRU15 membuka tirai.

Beliau berkata, hal ini bagi memastikan Melayu Islam terus kukuh untuk mentadbir negara.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, rakyat hari ini lebih memberikan tumpuan kepada gabungan yang mampu membawa 'suara' mereka ke peringkat lebih tinggi.

"Perpecahan UMNO dan Bersatu boleh menyebabkan pertembungan tiga penjuru dalam PRU15 hanya merugikan Melayu.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, ia turut mengundang risiko kalah dalam pilihan raya," katanya.