11,000 dos vaksin tiba di Melaka

Sebuah van syarikat logistik, DHL Express yang membawa 8,190 dos vaksin masuk ke pintu dua Hospital Melaka pada jam 11.55 pagi pada Rabu.
Sebuah van syarikat logistik, DHL Express yang membawa 8,190 dos vaksin masuk ke pintu dua Hospital Melaka pada jam 11.55 pagi pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Sebanyak 8,190 dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech yang dibawa dengan sebuah van syarikat logistik, DHL Express selamat tiba di Hospital Melaka pada jam 11.55 pagi, Rabu.

Perjalanan bekalan vaksin itu bermula dari Subang kira-kira jam 10 pagi dan melalui Lebuh Raya Utara Selatan sebelum keluar di susur Plaza Tol Ayer Keroh pada jam 11.45 pagi.

Van yang diiringi anggota polis itu melalui Lebuh Ayer Keroh menuju terus ke Hospital Melaka sebelum disambut Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman.

Tinjauan mendapati petugas media yang menunggu sejak jam 9 pagi bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki perkarangan hospital berkenaan dan hanya menunggu di luar sahaja.

Pada Selasa, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, Malaysia akan menerima 182,520 dos tambahan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech pada Rabu untuk edaran ke negeri-negeri yang belum menerima bekalan.

Melaka merupakan antara lima negeri yang menerima bekalan dos vaksin Covid-19 pada Rabu selain Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Perlis.

Artikel Berkaitan: