Jual nama Menteri Hal Ehwal Agama amal habbatus sauda
SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menafikan mengeluarkan kenyataan mengenai amalan habbatus sauda mampu meningkatkan sistem imunisasi sekali gus didakwa menolak suntikan vaksin Covid-19 seperti tular di media sosial.
Katanya, berita berkenaan bukan daripada pihaknya dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.
"Saya tak pernah keluarkan kenyataan seperti ini. Saya tidak pasti siapa yang menulisnya dan kemudian meletakkan laporan akhbar berkenaan saya," katanya menerusi ciapan di Twitter rasminya pada Selasa.
Kenyataan tersebut mendakwa beliau sembuh dari penyakit Covid-19 secara sendiri tanpa penggunaan vaksin kerana mengamalkan habbatus sauda untuk menguatkan sistem imun badan.
Paparan kenyataan itu turut menggunakan artikel berita beliau telah sembuh daripada wabak Covid-19 dan didakwa menggunakan nama beliau oleh pihak tertentu dipercayai untuk tujuan iklan serta promosi.
Saya tak pernah keluarkan kenyataan seperti ini. Saya tidak pasti siapa yang menulisnya dan kemudian meletakkan laporan akhbar berkenaan saya. https://t.co/ciGt529gsa
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) February 23, 2021
Tingkatkan penguatkuasaan, kawalan harga maksimum jualan benih padi
Bahasa asing alat komunikasi rentas budaya
Stesen minyak, sindiket bersekongkol
Harga emas tinggi, jual atau beli?
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Pelajar maut rentas desa: Pihak guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman
Ada penduduk sempat kutip beras
Pelajar perempuan maut, rakan parah motosikal rempuh tembok pasar raya