X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit kembali kukuh berbanding dolar AS pagi ini

Ringgit meningkat kepada 4.0390/0420 berbanding dolar AS daripada 4.0420/0450 ketika ditutup pada petang Selasa. Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit kembali dibuka tinggi pada pagi Rabu dengan permintaan risiko terhadap unit tempatan semakin baik, didorong oleh pengukuhan harga minyak mentah.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu meningkat kepada 4.0390/0420 berbanding dolar AS daripada 4.0420/0450 ketika ditutup pada petang Selasa.

Penanda aras minyak mentah Brent naik 0.2 peratus kepada AS$65.37 setong berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang berterusan.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata, bank-bank pusat di Asia dipaksa menentukan semula dasar masing-masing dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS), sekali gus membolehkan ekonomi AS bergerak lancar dan ini berpotensi melemahkan dolar AS.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0608/0642 daripada 3.0591/0618 pada Selasa petang dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.7071/7118 daripada 5.6948/6998.

Mata wang tempatan bagaimanapun mengukuh berbanding Yen Jepun kepada 3.8328/8360 daripada 3.8393/8425 pada Selasa dan lemah berbanding euro kepada 4.9078/9131 daripada 4.9106/9147 sebelumnya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!