X

Kindly register in order to view this article
!

Pembinaan Stadium Ragbi Malaysia berjalan lancar

Shahrul Zaman
A
A

PRESIDEN Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya memaklumkan pembinaan Stadium Ragbi Negara di Putrajaya berjalan dengan baik biarpun negara berdepan krisis pandemik Covid-19.

Menurut Shahrul Zaman, perkara tersebut dinyatakan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) yang memberikan komitmen mereka dalam usaha memastikan stadium itu dapat dibina.

“Pada Isnin, saya mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden PPj, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain dan beliau sendiri menyatakan tentang komitmen tersebut.

“Beliau memaklumkan proses pembinaan stadium itu berlangsung secara berterusan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), PPj dan kontraktor. Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana kami hanya pengguna stadium,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada Ogos tahun lalu, media melaporkan bahawa pembinaan Stadium Ragbi Malaysia akan dibina di Presint 14, Putrajaya dengan melibatkan kos sebanyak RM17 juta.

Dalam pada itu, Shahrul turut berkongsi mengenai kunjungan beliau ke atas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bagi membincangkan tentang cadangan mengadakan Liga Super Varsiti.

“Saya ada menyatakan pandangan berkaitan pengambilan pemain atau pelajar dari negara kuasa ragbi dunia seperti Fiji. Secara prinsipnya, pihak kementerian bersetuju memberikan tempat kepada mereka

“Selepas lima tahun sekiranya layak, mereka boleh mewakili pasukan kebangsaan. Jika ditanya apa hasrat dan matlamat saya sudah pasti mahu Malaysia layak ke Kejohanan Ragbi Piala Dunia 2031 nanti,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!