Aksesori telefon bimbit, elektronik tiruan RM5.27 juta dirampas

KPDNHEP Kuala Lumpur menyerbu empat premis di Pudu, Kuala Lumpur pada Selasa yang menjual dan menyimpan barangan aksesori telefon bimbit dan elektronik tiruan.
KPDNHEP Kuala Lumpur menyerbu empat premis di Pudu, Kuala Lumpur pada Selasa yang menjual dan menyimpan barangan aksesori telefon bimbit dan elektronik tiruan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur menyita pelbagai barangan aksesori telefon bimbit dan elektronik tiruan bernilai RM5.27 juta dalam serbuan di Pudu, di sini, pada Selasa.

Pengarahnya, Ariffin Samsudin berkata, operasi kira-kira jam 12 tengah hari itu bertindak menyerbu empat buah premis termasuk tiga tempat simpanan barangan terbabit.

"Serbuan hasil risikan selama tiga minggu ini bertindak merampas 210,000 unit pelbagai barangan melibatkan aksesori telefon bimbit dan elektronik disyaki tiruan bernilai RM5.27 juta.

"Siasatan mendapati barangan itu dijual secara dalam talian dan secara borong dengan pembelian minima RM500 malah, pengedaran turut dijalankan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Mengulas lanjut, merujuk kepada statistik penghasilan kes sepanjang tahun ini, sebanyak lapan kes di bawah siasatan Akta Cap Dagangan 2019 dengan nilai rampasan sebanyak RM5.5 juta.

Katanya, Kementerian memberi amaran dan peringatan kepada mana-mana orang supaya tidak melanggar undang-undang khususnya melibatkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan.

"Sebarang aduan boleh disalurkan kepada Kementerian ini melalui Portal kpdnhep www.kpdnhep.gov.my, Call Centre 1800 886 800, emel e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245/6088, talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC), WhatsApp ke 019-2794317 atau lapor ke mana-mana pejabat KPDNHEP di seluruh negara," katanya.

Artikel Berkaitan: