Warga asing ditemui mati dalam bilik hotel

Mayat warga asing ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan mengiring atas katil di sebuah hotel bajet di Sungai Petani pada Selasa.
Mayat warga asing ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan mengiring atas katil di sebuah hotel bajet di Sungai Petani pada Selasa.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki warga asing ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik sebuah hotel bajet di sini, kira-kira jam 2 petang pada Selasa.

Mangsa yang berusia 38 tahun itu dilaporkan mendaftar masuk ke hotel berkenaan dan menetap di sebuah bilik di tingkat satu sejak 17 Februari lalu.

Difahamkan, kali terakhir lelaki itu dilihat ialah pada Ahad lalu ketika dia keluar dari bilik untuk membeli makanan di kedai makan bersebelahan.

Mangsa dikatakan tidak keluar dari bilik sejak dua hari lalu berdasarkan maklumat dari pihak hotel.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Pegawai Bomba Tinggi Anwarzaini Zakaria berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 3.10 petang berhubung kejadian tersebut.

"Kita menerima panggilan daripada polis yang memohon bantuan untuk memecahkan pintu bilik. Ia berdasarkan makluman daripada pihak hotel bahawa terdapat penghuni dalam bilik yang pintunya berkunci dari dalam," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan mengiring dan berselimut di atas katil.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah mengesahkan kejadian.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.