Polis kesan instafamous langgar SOP di majlis kahwin

Polis kini sedang mengesan instafamous yang dikatakan tidak mematuhi SOP ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.
Polis kini sedang mengesan instafamous yang dikatakan tidak mematuhi SOP ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan giat mengesan sekumpulan instafamous muda yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di daerah ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada lewat petang semalam.

Katanya, hasil semakan mendapati instafamous lelaki dan wanita itu memuat naik gambar di media sosial mereka bersama pasangan pengantin di atas pelamin.

“Instagram ‘Lobak Merah’ yang memaparkan terdapat beberapa individu dipercayai melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya di Kota Bharu.

“Hasil semakan mendapati beberapa keping gambar individu bersama pasangan pengantin tanpa penjarakkan fizikal dan tidak memakai pelitup muka serta hidung,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, polis kini giat mengesan individu terlibat dan meminta pihak yang mempunyai maklumat menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

“Ada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan individu terlibat yang gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta mempersoalkan pergerakan rentas negeri rakan pengantin dari luar ke Kelantan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen di bawah Peraturan 16, Peraturan- Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan) ( Kawalan Pergerakan Bersyarat),” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Isnin, tular gambar kumpulan instafamous terbabit bersama mempelai tanpa penjarakan fizikal dan pelitup muka sebelum tular serta dikecam teruk oleh netizen.

Lokasi tepat majlis bagaimanapun tidak dapat dipastikan.