X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

'Ingat gold bar rupanya kiub ayam'

Status dan gambar yang dimuat naik di Facebook Junariah menarik perhatian ramai.
A
A

KULIM - Seorang suri rumah teruja ketika menerima dua kotak barang kemas pemberian suami namun terkejut sebaik melihat 'gold bar' atau 'jongkong emas' tersebut ialah kiub ayam disaluti bungkusan keemasan.

Junariah Ab Rahman, 42, mengakui suaminya, Mohd Kamal Sumsudin gemar bergurau tetapi tidak menyangka perkara itu akan berlaku.

"Memang tak sangka pun, suami gurau-gurau biasa sahaja tapi bila datang akalnya... masa tengok kotak barang kemas sudah perasan ia kotak lama dalam simpanan saya.

"Tapi bila tengok isi dalam kotak, ternampak 'gold bar' itu sebenarnya adalah kiub ayam, memang saya tergelak. Saya faham benar dengan perangai kaki menyakatnya. Ada sahaja akal nak kenakan saya, anak-anak atau yang rapat dengannya. Kalau lihat secara fizikal, ramai kata suami seorang pendiam," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Junariah bersama suami dan dua anaknya ketika bercuti di Cameron Highlands.
Junariah bersama suami dan dua anaknya ketika bercuti di Cameron Highlands.

Ibu kepada dua anak itu juga mengakui gembira kerana ramai kenalan dan warga maya terhibur dengan perkongsian status tersebut di Facebooknya.

"Apabila saya muat naik status berkenaan, tidak sangka ia menjadi tular dan ramai berkongsi kisah ini. Saya juga ada baca komen-komen warga maya, lucu pun ada. Ramai juga komen positif dan ada juga yang negatif," katanya.

Pada Khamis lalu, Junariah memuat naik status mengenai dua kotak berwarna merah dipercayai berisi gelang emas tetapi sebaliknya puluhan kiub ayam.

"Terkejut si isteri pagi-pagi dapat kotak merah berisi 'gold bar' bila suami faham benar dengan minat dan cita rasa isterinya, tq (terima kasih) encik suami... i lap (love) you tau. Amboi pandai noo, buat lawak kat cheq..." tulisnya di media sosial itu yang menarik perhatian warga maya hingga tular sehingga kini.

Junariah dan suami sudah melayari bahtera perkahwinan mereka selama 18 tahun.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!