Pembakaran terbuka undang risiko

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TANAH MERAH - Pembakaran terbuka di kawasan kediaman, kebun termasuk hutan perlu dilelakkan bagi memastikan api tidak merebak ke kawasan lain yang boleh mengundang risiko kebakaran lebih besar dan merugikan pelbagai pihak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Rafain Mat Zain berkata, terbaharu pihaknya terpaksa mengendalikan dua kes kebakaran terbuka di Kampung Pisang Menggala dan Batu 7, semalam.

“Kebakaran terbabit bermula dari kawasan pembinaan rumah dan dalam cuaca yang panas sekarang api mudah merebak dan menyebabkan kebakaran di kawasan hutan berdekatan sehingga 60 kaki.

“Mujurlah kita cepat bertindak dan berjaya memadamkan kebakaran berkenaan dan tidak terus merebak ke kawasan kediaman terdekat,”katanya.

Beliau berkata dengan kekuatan dua jentera dan 11 anggota pihaknya dibahagikan kepada dua kumpulan dan menuju ke dua lokasi terbabit dan berjaya memadam kebakaran.

Rafain menyarankan supaya masyarakat tidak melakukan lagi pembakaran terbuka dan menghentikan perbuatan itu kerana ia boleh menyusahkan ramai pihak jika api merebak.

Artikel Berkaitan: