Tiada urusan awam di Balai Polis Ampang sehingga 1 Mac

Mohamad Farouk Eshak
Mohamad Farouk Eshak
A
A
A

AMPANG - Semua urusan orang awam di Balai Polis Ampang di sini digantung sementara bermula Selasa hingga 1 Mac bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bagaimanapun urusan tersebut boleh dibuat di balai polis lain berhampiran.

"Berikut ialah nombor balai-balai berhampiran di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang boleh dihubungi iaitu Balai Polis Hulu Klang (03-42570486), Balai Polis Melawati (03-41081222) dan Balai Polis Pandan Indah (03-92742222).

"Selain itu, Pondok Polis Ukay Perdana (03-41472222) dan Pondok Polis Pandan Perdana (03-92852222)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau turut berdoa petugas barisan hadapan yang dijangkiti wabak Covid-19 diberi kesembuhan yang baik.

"Sama-sama kita doakan petugas barisan hadapan yang positif Covid-19 diberi kesihatan yang baik dan segera sembuh," katanya.

Artikel Berkaitan: