Kenderaan mainan untuk beri gambaran ketika kejadian

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga kenderaan mainan dibawa masuk ke Mahkamah Koroner bagi memberi gambaran keadaan Fire Rescue Tender ( FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang terbabit dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya November lalu.

Kenderaan mainan berupa dua bas termasuk bas sekolah dan sebuah kereta dibawa masuk oleh jurubahasa mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Adib disedari tiada selepas EMRS berpusing

Pegawai Perubatan EMRS, Ahmad Shahril Othman yang juga pemandu kenderaan tersebut menunjukkan kedudukan kenderaannya selepas ditolak oleh FRT yang berundur.

Prosiding hari kedua bersambung dengan Ahmad Shahril menyambung memberi keterangan.

Artikel Berkaitan: