Sindiket edar heroin tumpas

Kamarul Zaman menunjukkan senjata api yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur pada Selasa.
Kamarul Zaman menunjukkan senjata api yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis heroin melalui penahanan enam individu termasuk seorang wanita di sekitar Lembah Klang pada Jumaat.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, melalui Ops Mockingbird itu juga, dadah seberat 87.86 kilogram dengan nilai RM7.8 juta turut dirampas.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia 22 hingga 46 tahun.

"Polis juga merampas sepucuk pistol jenis Glock 26 bersama sembilan butir peluru sembilan milimeter (mm) dan sepucuk pistol jenis Glock 30 dan 16 butir peluru 0.45mm," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Kamarul Zaman berkata, siasatan mendapati wanita tersebut merupakan dalang sindiket berkenan dan bekalan dadah diperoleh dari Myanmar melalui Thailand untuk pasaran di dalam negara.

Kamarul Zaman berkata, sindiket pengedaran dadah itu dipercayai aktif sejak Ogos tahun lalu.

"Kita juga menyita lima buah kenderaan iaitu BMW 320i, Nissan Murano, Toyota Harrier, Proton Perdana dan Perodua Myvi serta wang tunai RM 405,000," katanya.

Menurutnya, saringan awal air kencing mendapati empat daripada enam yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua suspek direman sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.