Liverpool masuk perangkap sendiri

Alexander Arnold
Alexander Arnold
A
A
A

PERTAHANAN Liverpool, Trent Alexander Arnold mengakui The Reds telah masuk ke dalam perangkap sendiri selepas mempamerkan persembahan hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurutnya, Liverpool terlalu yakin dapat memenagi setiap perlawanan, sekali gus membuatkan mereka bermain sambil lewa dan mencatatkan kekalahan demi kekalahan.

"Perangkap yang saya maksudkan adalah kami terlalu yakin dapat memenangi setiap perlawanan kerana kami ada kualiti untuk menjaringkan gol daripada pelbagai sudut.

"Ia berlaku secara semula jadi pada musim lalu. Ia tidak berlaku kerana tuah atau sebagainya kerana kami bekerja keras untuk mendapatkan gol dan ia berjaya musim lalu.

"Namun, ia tidak berlaku musim ini. Secara faktanya kami masih melakukan perkara sama seperti musim lalu seperti mencipta peluang. Mungkin ada sesuatu yang kurang dan kami perlu memperbaiki persembahan kami," katanya.

Pasukan gergasi EPL itu sedang berada pada prestasi kurang baik ketika ini apabila mencatatkan empat kekalahan berturut-turut dalam saingan EPL termasuk tewas kepada seteru setempat, Everton dalam aksi di Anfield Ahad lalu.

Ia sekali gus menyaksikan usaha Liverpool untuk mempertahankan kejuaraan EPL yang dimenangi musim lalu kemungkinan besar tidak akan berjaya dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu kini menghuni kedudukan keenam liga.

Dalam pada itu, Arnold turut menyedari banyak kritikan yang dilemparkan kepadanya terutama selepas gagal beraksi dengan cemerlang seperti yang dipamerkan musim lalu.

Artikel Berkaitan:

"Ini adalah sesuatu yang sangat buruk yang belum pernah saya alami sebelum ini. Dahulu ia cukup baik, jadi ini sesuatu yang baru.

"Tetapi saya menetapkan sasaran dan mempunyai harapan terhadap diri sendiri. Masih ada perjalanan yang panjang dan dalam beberapa perlawanan terakhir saya merasa lebih baik, dapat membuat sesuatu untuk pasukan dan rasa seperti sudah menemui rentak," katanya.