X

Kindly register in order to view this article
!

Kontraktor palsu dokumen didenda RM10,000

Tertuduh dikenakan denda RM10,000 selepas mengaku salah memalsukan dokumen tiga tahun lalu.
A
A

IPOH - Seorang kontraktor didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan dokumen bagi sebuah projek penyelenggaraan bekalan air, tiga tahun lalu.

Syed Basri Syed Lin, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim, S Indra Nehru.

Mengikut pertuduhan, Syed Basri dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen bagi pengesahan siap kerja projek penyelenggaraan bekalan air, baik pulih panel dan sistem bekalan air di rumah pam Politeknik Sultan Azlan Shah membabitkan nilai RM5,200.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Politeknik Sultan Azlan Shah dalam daerah Slim River pada 6 November 2018.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Wahida Jalaluddin memberitahu bahawa pihak pendakwaan bersetuju supaya tertuduh yang tidak diwakili peguam membayar denda RM10,000.

Persetujuan itu dicapai hasil pertimbangan Akuan Rundingan di bawah Seksyen 172A Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM10,000 dan jika gagal bayar dikenakan penjara sembilan bulan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!