AS bersedih selepas lebih 500,000 mati akibat Covid-19

Biden (kiri), Jill (dua dari kiri) dan Kamala Harris (dua dari kanan) serta Doug Enhoff memperingati rakyatnya yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Rumah Putih, Washington pada Isnin. - Foto AFP
Biden (kiri), Jill (dua dari kiri) dan Kamala Harris (dua dari kanan) serta Doug Enhoff memperingati rakyatnya yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Rumah Putih, Washington pada Isnin. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang pada Isnin selepas angka kematian akibat Covid-19 di negara itu melepasi angka 500,000 orang.

"Saya meminta semua rakyat Amerika untuk mengingati mereka yang telah hilang. Saya juga meminta supaya kita kekal berjaga-jaga, memakai pelitup muka, bercakap dengan penjarakkan sosial dan mendapatan vaksinasi," katanya seperti dilaporkan oleh AFP.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan di seluruh negara yang disiarkan melalui televisyen.

Biden yang diiringi isterinya, Jill dan Naib Presiden, Kamala Harris serta suaminya, Doug Enhoff kemudian berdiri di luar Rumah Putih.

Jumlah kematian itu adalah yang tertinggi di AS dan dunia ketika ini.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins, AS pada Isnin, seramai 500,071 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19 di AS.

Bendera AS turut dikibarkan separuh tiang di Rumah Putih dan bangunan Persekutuan di seluruh negara serta kedutaaan Amerika di seluruh dunia bagi memperingati kematian yang melepasi angka 500,000 orang itu.

"Sebagai sebuah negara, kita tidak boleh dan mesti tidak membenarkan perkara ini (angka kematian) akan terus berlaku. Kita perlu berjuang bersama-sama," ujar Biden.

Tidak seperti bekas Presiden AS sebelum ini iaitu Donald Trump yang kerap meminimakan ancaman Covid-19, Biden telah mengambil berat untuk membendung pandemik itu di AS sebagai keutamaannya.

Artikel Berkaitan:

Presiden AS itu mendesak suntikan vaksin dilaksanakan di AS secara agresif sebagi cara untuk menghalang penularan pandemik itu di AS.

Biden juga memberi amaran bahawa angka kematian itu mungkin akan meningkat melebihi 600,000 orang. - Agensi