X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada siapa yang kebal

PPPM cadang kerajaan jadikan usaha memerangi rasuah sebagai agenda utama negara. Gambar kecil: Darshan Singh
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia (PPPM) mencadangkan kerajaan agar menjadikan usaha memerangi rasuah sebagai agenda utama negara.

Presidennya, Darshan Singh Dhillon berkata, selari dengan itu, tindakan tegas juga perlu diambil tanpa mengira status individu tersebut.

“Perbuatan rasuah merupakan satu amalan yang terkutuk. Rakyat perlu bersatu dan bangkit bersama menolak amalan ini termasuk menolak sesiapa sahaja yang terbabit dengannya biarpun ia melibatkan seorang pemimpin, pegawai kerajaan ataupun swasta.

“Amalan rasuah juga boleh disamakan dengan penyakit barah di mana sekiranya tidak dirawat ia akan membinasakan badan dan menyebabkan maut.

"Rasuah juga jika tidak dibendung akan menghancurkan daya saing ataupun daya kompetitif dan seterusnya merosakkan negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mengulas lanjut, Darshan Singh berkata, gejala rasuah juga antara aspek utama yang diambil kira oleh sesebuah syarikat pelabur asing sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Malah katanya, sekiranya perkara terkutuk itu berada pada tahap tidak terkawal, maka pelabur akan menyalurkannya ke negara yang mempunyai sistem pentadbiran lebih berintegriti.

“Akhirnya negara akan rugi besar dan hanya golongan tidak berintegriti sahajalah yang akan menerima keuntungan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, beliau turut menggesa agar kempen pendidikan rasuah dilaksanakan secara menyeluruh kepada masyarakat secara agresif terutamanya dari aspek agama.

Ini kerana katanya, semua agama tidak memaafkan amalan rasuah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!