'Hidupkan semula dasar kampung tanpa wayar'

Rais
Rais
A
A
A

SHAH ALAM - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menggesa dasar kampung tanpa wayar dihidupkan semula.

Gesaan itu dizahirkan menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin susulan sebuah laporan yang memaparkan kegigihan seorang remaja perempuan orang asli yang terpaksa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) di sebuah pondok kecil setinggi enam meter di halaman rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Rais berkata, dasar melengkapkan tamadun digital luar bandar mestilah segigih anak orang asli seperti dalam laporan itu.

"SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) bantulah cepat.

"Jangan ikut cara lama, sofistikasikan bandar...sedangkan kampung orang asli terbiar," ciapnya.

Menerusi laporan tersebut, remaja orang asli berkenaan Mazlina Bot, 17, dilaporkan terpaksa belajar di pondok kayu atau 'rumah ran' setinggi enam meter yang dibina bapanya sejak dua minggu lalu.

Ia susulan masalah gangguan internet yang dihadapinya untuk mengikuti PdPR.

Artikel Berkaitan: