Lelaki ditemui mati di dalam kereta

Lelaki berusia 31 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta jenis Produa Myvi pada malam Ahad.
Lelaki berusia 31 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta jenis Produa Myvi pada malam Ahad.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Penduduk di Taman Desa Cahaya di sini gempar dengan penemuan seorang lelaki yang ditemui sudah tidak benyawa dalam sebuah kereta pada malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 9.34 malam yang melihat lelaki terbabit tidak sedarkan diri di dalam kereta jenis Produa Myvi.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi kejadian menemui lelaki berbaju kelabu dan berseluar pendek hitam bersandar di tempat pemandu.

“Pasukan perubatan membuat pemeriksaan mendapati lelaki berusia 31 tahun itu sudah meninggal dunia dan pemeriksaan polis pula mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, kita menemui botol air minuman, penyala api dan satu bekas mengandungi bahan bakar disyaki arang yang digunakan untuk melemaskan diri dalam kejadian ini,” katanya ketika di hubungi di sini pada Isnin.

Shafee berkata, pasukan forensik juga melakukan pemeriksaan dan telah mengambil swab peluh (DNA) dan pelitup muka lelaki terbabit.

Katanya, mayat lelaki berkenaan dibawa Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat lemas disebabkan asap.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: