Covid-19: Labuan bakal beralih ke zon hijau

Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 2,236 dengan 10 kes aktif sedang dirawat di Hospital Labuan dan tiada kluster aktif. Foto Bernama
Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 2,236 dengan 10 kes aktif sedang dirawat di Hospital Labuan dan tiada kluster aktif. Foto Bernama
A
A
A

LABUAN - Kes Covid-19 di Labuan terus menunjukkan trend menurun dan berkemungkinan beralih ke zon hijau, kata pengarah kesihatan pulau bebas cukai itu.

Dr Ismuni Bohari berkata, langkah ketat yang dilaksanakan seperti sekatan sempadan bagi membendung penularan Covid-19 dalam komuniti berbaloi dan sebahagian besarnya telah bergerak ke arah normal.

Beliau berkata kelima-lima sub zon di sini telah diisytihar sebagai zon kuning.

“Kami boleh dianggap berhasil membendung gelombang ketiga Covid-19, selepas Labuan dapat mengekalkan kes baharu dengan satu digit (harian) dalam tempoh hampir dua minggu. Kami hanya mempunyai 40 kes sepanjang 14 hari lalu iaitu di bawah garis zon merah 43 kes dan tiada kluster baharu.

“Kami memantaunya setiap hari terutama di lokasi kritikal seperti di penempatan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kampung Muslim dan Kiamsam,” katanya pada Isnin.

Labuan merekodkan 27 kes setakat Mac tahun lalu dan sejak itu bilangan kes terus meningkat (kemuncaknya selepas pilihan raya Sabah) pada September tahun lalu.

Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 2,236 dengan 10 kes aktif sedang dirawat di Hospital Labuan dan tiada kluster aktif. - Bernama

Artikel Berkaitan: