X

Kindly register in order to view this article
!

Terengganu mohon kebenaran rentas daerah

Ariffin (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penggiat sektor pelancongan terjejas pada majlis yang diadakan di Kompleks Muzium Negeri, Kuala Terengganu pada Isnin.
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Kerajaan Terengganu akan mengesyorkan kebenaran rentas daerah melalui usul yang akan dikemukakan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri yang akan diadakan pada Selasa.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman berkata, permohonan kelonggaran itu bagi membantu meningkatkan pendapatan sektor pelancongan negeri yang terjejas teruk akibat Covid-19.

"Kita akan mengesyorkan kebenaran rentas daerah dalam mesyuarat MKN esok (Selasa) bagi membantu meningkatkan sektor pelancongan di negeri ini yang kini dilihat semakin merosot.

"Kita jangka dengan kebenaran rentas daerah yang diberikan ia akan meningkatkan sehingga 30 peratus kadar penginapan hotel berbanding kurang daripada 10 peratus yang diperoleh kesemua pengusaha hotel buat masa ini," katanya pada sidang akhbar sempena Program Bantuan Rakyat Terengganu (Berkat) bagi sektor pelancongan di Kampung Budaya Terengganu, Kompleks Muzium Negeri, di sini pada Isnin.

Pada majlis itu, sebanyak RM44,100 disalurkan kepada seramai 44 pemandu teksi Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan 103 pemandu pelancong bandar dan alam semulajadi yang terjejas.

Dalam pada itu, Ariffin berkata, kebenaran rentas daerah akan membantu memulihkan sektor pelancongan sekali gus memberi harapan baharu kepada pemain sektor berkenaan.

Katanya, permohonan itu dikemukakan memandangkan situasi Covid-19 di negeri ini dilihat semakin stabil.

Bagaimanapun katanya, ia tidak melibatkan lokaliti di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Jika dilihat sekarang, banyak pengusaha hotel mengambil inisiatif berniaga di tepi jalan untuk memastikan kelangsungan operasi memandangkan kerugian yang dialami.

"Sektor pelancongan antara sektor terjejas teruk sepanjang pandemik. Kita harap kebenaran yang diberikan akan memberikan sinar baharu kepada semua pemain sektor ini," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!