X

Kindly register in order to view this article
!

Rizab antarabangsa BNM meningkat AS$109.7 bilion

Bank Negara Malaysia - Foto 123RF
A
A

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$109.7 bilion setakat 15 Februari 2021 daripada AS$107.8 bilion pada 15 Januari 2021.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, bank pusat berkata, kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang negeri jangka pendek.

Bank pusat berkata, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$99.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$5.0 bilion).

Aset-aset ini terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR berjumlah sehingga RM441.03 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.14 billon), deposit dengan institusi kewangan (RM2.84 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM18.62 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM16.93 bilion).

Menurut bank pusat, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM172.91 bilion), mata wang dalam edaran (RM140.20 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM140.18 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.95 bilion), deposit-deposit lain (RM11.81 bilion), kertas Bank Negara (RM9.41 bilion), peruntukan SDR (RM7.79 bilion) dan liabiliti lain (RM4.36 bilion). - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!