AIM selesai dua pinjaman kerajaan lebih RM200 juta

Lajim (tengah) bersama Ketua Pegawai Operasi AIM, Shamir Aziz (kiri) dan Pengerusi Koperasi Sahabat AIM, Mohd Najib Mohd Noor (kanan) di Karamunsing, Sabah pada Isnin.
Lajim (tengah) bersama Ketua Pegawai Operasi AIM, Shamir Aziz (kiri) dan Pengerusi Koperasi Sahabat AIM, Mohd Najib Mohd Noor (kanan) di Karamunsing, Sabah pada Isnin.
A
A
A

KARAMUNSING - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sudah membayar sebanyak RM214,867,103.50 kepada Kementerian Kewangan sebagai pembayaran balik sebahagian daripada pinjaman-pinjaman diperoleh AIM sejak tahun 1998 yang berjumlah RM857.97 juta.

Pengerusi Eksekutif AIM, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pembayaran balik sebahagian daripada pinjaman itu dibuat secara berperingkat iaitu bermula pada tahun 2011 dengan jumlah RM20,000,000.

"Diikuti pada tahun 2012 (RM45,367,102.50), tahun 2013 (RM10,000,000), tahun 2015 (RM2,000,000), tahun 2016 (RM7,000,000), tahun 2017 (RM8,000,000), tahun 2019 (RM 14,500,000) dan pembayaran terkini pada Februari 2021 berjumlah RM100,000,000.

"Pinjaman daripada kerajaan yang dibuat adalah sebahagian usaha AIM memberi pinjaman mikro kepada golongan B40 khususnya golongan wanita untuk dijadikan sebagai modal awal mereka memulakan perniagaan," katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.

Beliau berkata, usaha AIM membuahkan hasil apabila sehingga tahun 2021 sebanyak 939,754 peminjam AIM yang dikenali sebagai Sahabat telah mendapat manfaat, menjadikan keseluruhan jumlah jangkauan rakyat Malaysia yang menerima kebaikan daripada usaha AIM membasmi kemiskinan ialah sebanyak 3,759,016.

Untuk rekod, AIM secara keseluruhan telah menerima pinjaman daripada kerajaan Malaysia sebanyak RM857.97 juta yang terdiri daripada 8 peringkat pinjaman bermula dari tahun 1996 hingga tahun 2011.

"Pinjaman pertama dibuat pada 10 Oktober 1996 berjumlah RM101,468,410.00 bagi membiayai Skim Pembiayaan Ikhtiar.

"Pada 21 Disember 1998, AIM menerima pinjaman kali kedua sebanyak RM100 juta bagi membiayai skim yang sama diikuti pada tahun 2006 hingga 2008, dengan jumlah sebanyak RM371.5 juta, (RM171.5 juta diterima pada tahun 2006), RM100 juta masing-masing pada tahun 2007 dan 2008," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, pada tahun 2010 pula, AIM telah menerima pinjaman sebanyak RM165 juta bagi membiayai Program SPI (RM123 juta) dan Program Mikrobandar (RM42 juta).

"Kali terakhir AIM menerima pinjaman daripada kerajaan Persekutuan adalah pada tahun 2011 iaitu pada 21 Jun 2011 dan 27 Disember 2011 masing-masing sebanyak RM60 juta bagi melaksanakan Program Pembiayaan Ikhtiar," katanya.