X

Kindly register in order to view this article
!

Menara Kuantan 188 kebanggaan Pahang

Anaz AbMoris
A
A

KUANTAN - Menara Kuantan 188 yang dirasmikan pada malam Ahad bakal menjadi mercu tanda kebanggaan Pahang.

Pengerusi Pertubuhan Anak Muda Teruntum (PERMAT), Anaz AbMoris berkata, pembukaan menara itu mampu mengembang ekonomi di dalam daerah Kuantan.

Menurutnya, kerajaaan Pahang perlu melakukan pelbagai transformasi dan promosi untuk menarik minat pelancong.

"Kita bangga dengan kemajuan pembangunan yang dicapai ini dan percaya menara ini adalah satu mercu tanda kebanggaan terbaharu bagi memperkenalkan kepada negara serta dunia tentang keunikan menara tersebut.

"Malah, kita yakin ekonomi setempat juga dapat dipertingkatkan apabila sektor pelancongan mula berkembang, sekali gus meningkatkan taraf hidup penduduk di Bandaraya Kuantan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau juga menyambut baik pengiktirafan daerah Kuantan sebagai sebuah bandar raya dan mahu kerajaan Pahang dan pihak berkuasa tempatan (PBT) meningkatkan perkhidmatan-perkhidmatan mereka pada tahap tinggi.

Selain itu, Anaz berkata, PERMAT juga melihat usaha berkenaan sebagai satu langkah untuk rakyat menikmati fungsi bandar dan budaya nasional yang melambangkan sejarah dan warisan.

"Jadi, PBT dan kerajaan Pahang perlu memelihara kawasan-kawasan atau bangunan-bangunan yang mempunyai nilai sejarah, budaya dan seni bina yang unik," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!