TNB dan rakyat berpisah tiada

A
A
A

KUALA LUMPUR - Segalanya bermula di Wuhan! Wabak yang mula dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya yang terletak di Hubei, China itu, telah diiktiraf sebagai pandemik.

Masa berlalu pantas dan tanpa sedar sudah setahun seluruh dunia berdepan dengan penularan Covid-19. Pandemik ini telah mengubah segala-galanya.

Malaysia masih lagi berperang untuk mengalahkan virus Covid-19 dan menakutkan apabila jumlah dijangkiti pada masa ini masih kekal dengan empat angka! Paling menyedihkan, banyak sektor ekonomi yang terkesan, gulung tikar malah lumpuh kerananya.

Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020, pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, korporat, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu tampil memberi bantuan kepada golongan yang terkesan.

Syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) antara syarikat yang terawal memberi bantuan. Usaha TNB ini disokong oleh Kementerian Tenaga (KETSA) bagi membantu mengekang impak Covid-19.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Dato Dr Shamsul Anuar Nasarah menyampaikan sunbangan TNB bernilai RM1.5 juta dan seunit mesin ventilator kepada YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.

TNB telah menyumbang hampir RM28 juta dalam usaha memerangi penularan covid 19, termasuk peruntukan sejumlah RM17.5 juta kepada kerajaan-kerajaan negeri serta sumbangan RM10 juta kepada KKM bagi pembelian peralatan dan bekalan perubatan.

“Mereka terus menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi bagi memastikan perkhidmatan bekalan elektrik yang berterusan dan stabil, khususnya di hospital dan pusat perubatan.” - Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Artikel Berkaitan:

Pengerusi TNB, Dato’ Sri Mahdzir Khalid (dua, kanan) menyampaikan surat tawaran biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) kepada Haziq Ikram Mohd Yazid, seorang daripada pelajar cemerlang di Majlis Penganugerahan Biasiswa YTN 2020 di Bangi Avenue Convention Center (BACC) pada 3 September 2020. Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan); Pengarah YTN, Dato’ Ir Dr. Ibrahim Hussein (tiga, kiri) dan Naib Canselor UNITEN, Prof. Dato’ Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha (kiri).

Pelbagai bentuk bantuan dan sokongan diberikan termasuk dari segi kewangan, peralatan, kemudahan, diskaun, rebat serta bekalan tenaga.

Sepanjang tempoh itu juga, warga kerja TNB meneruskan perkhidmatan bagi memastikan bekalan elektrik ke segenap pelusuk negeri di Semenanjung Malaysia kekal stabil.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi PELITAWANIS Cawangan Petaling Jaya menyumbang sebuah mesin hemodialisis kepada Persatuan Dialisis Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi PELITAWANIS PJ, Datin Noor Aziah Abd Karim (barisan tengah, dua dari kiri). Turut hadir, Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian (Chief Distribution Network Officer), Datuk Ir. Baharin Din (barisan tengah, empat dari kanan).

Malah, penglibatan kakitangan TNB dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas dengan wabak itu turut mencerminkan tanda kesyukuran dan keprihatinan.

Rejimen ke-70 dari Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) menggerakkan anggota bagi menyalurkan bantuan logistik kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyediakan kelengkapan pelindung diri atau PPE untuk kegunaan barisan hadapan anggota perubatan KKM.

Daripada sebesar-besar peruntukan kewangan sehinggalah sekecil-kecil sumbangan dihulurkan warga kerja TNB di setiap negeri dan stesen termasuk melalui persatuan, kumpulan mahu pun inisiatif individu.

Yang Dipertua PELITAWANIS TNB Kebangsaan, Datin Seri Aidah Abu (kanan) menyampaikan replika cek sumbangan berjumlah RM18 ribu kepada Penolong Amil Masjid Al-Aziz Tanjung Bendahara, Sahimi Yaacob (kiri) semasa satu majlis penyerahan, tajaan Majlis FoodBank Masjid 2021 dengan kerjasama TNB Kedah, PELITAWANIS TNB Cawangan Alor Setar dan Lembaga Zakat Negeri Kedah di Alor Setar, 5 Januari 2021.

Selain itu, program-program bantuan lain seperti biasiswa, dermasiswa, pembinaan rumah dan sebagainya, tetap diteruskan oleh TNB ketika semua sektor ekonomi terjejas bagi meringankan beban rakyat.agi menjayakan aspirasi nasional ini.

Seramai 12 penerima bantuan Projek Mesra Rakyat (PMR) TNB peringkat Kuala Lumpur bersyukur menerima bantuan PMR. Projek dengan kerjasama DBKL ini melibatkan kerja-kerja pembaikan semula atau pembelian unit rumah bagi golongan bukan Bumiputera kurang berkemampuan.

Sejak PMR dilaksanakan pada 2012, sebanyak RM1.26 juta dibelanjakan di bawah program itu bagi membiayai 30 kediaman golongan kurang bernasib baik, di Kuala Lumpur.

Di peringkat kebangsan pula, sejak 2012, sejumlah 221 buah kediaman telah mendapat manfaat di bawah program PMR dengan jumlah sumbangan RM6.97 juta.