Covid-19: Johan dirawat di Hospital Sungai Buloh

Johan memaklumkan beliau sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada malam Ahad untuk mendapat rawatan selepas disahkan dijangkiti Covid-19. - Foto FB Johan Ab Aziz
Johan memaklumkan beliau sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada malam Ahad untuk mendapat rawatan selepas disahkan dijangkiti Covid-19. - Foto FB Johan Ab Aziz
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Johan Abd Aziz yang dilaporkan positif Covid-19 sebelum ini memaklumkan beliau sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada malam Ahad.

Menerusi satu kenyataan dimuat naik di Facebooknya, Johan turut memohon doa supaya beliau kembali sihat dan sembuh daripada virus yang dijangkitinya.

“Assalammualaikum. Makluman buat sahabat-sahabat, saya telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh sebentar tadi (malam Ahad). Alhamdulillah akan menerima rawatan di sini buat masa ini.

“Doakan saya kembali sihat dan sembuh daripada virus Covid-19,” katanya.

Johan yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat dilaporkan menghadiri mesyuarat parti di Institut Latihan Memperkasakan Ilmu (ILMU) Janda Baik, Pahang pada Jumaat.

Difahamkan, beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang turut menghadiri Mesyuarat MKT UMNO berkenaan segera melakukan ujian saringan sebaik menerima maklumat terdapat kes positif Covid-19 membabitkan ahli mesyuarat.

Antara pemimpin yang menghadiri mesyuarat MKT berkenaan ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua UMNO Hulu Langat positif Covid-19

Artikel Berkaitan: