Guna sudu tebuk dinding lokap

Polis menunjukkan lubang dikorek menggunakan sudu tajam oleh dua tahanan di lokap polis di Pontianak Utara.- Foto Kompas
Polis menunjukkan lubang dikorek menggunakan sudu tajam oleh dua tahanan di lokap polis di Pontianak Utara.- Foto Kompas
A
A
A

PONTIANAK - Dua tahanan berjaya melarikan diri dari lokap tahanan polis di Pontianak Utara pada Khamis selepas mereka menebuk dinding menggunakan sudu tajam.

Faisal dan Meki bagaimanapun ditahan semula dalam tempoh kurang 12 jam, lapor Kompas pada Ahad.

Ketua Polis Pontianak, Kombes Pol Leo Joko Triwibowo berkata, mereka mengaburi pihak berkuasa dengan salah seorang berpura-pura membaca al-Quran, manakala seorang lagi mengikis dinding bilik lokap sehingga terbentuk lubang sebelum melarikan diri.

“Setelah berjaya menebuk dinding, mereka masuk ke dalam lubang, kemudian melalui ruang sempit di antara bangunan.

"Meskipun lubang bersaiz kecil, mereka berjaya melarikan diri," katanya.

Menurutnya, dua tertuduh itu berjaya ditangkap kurang 12 jam di lokasi berasingan.

Meki ditangkap di rumah keluarganya di Desa Batulayang, daerah Pontianak Utara, sementara Faisal ditangkap di Pemangkat, daerah Sambas.

Leo bagaimanapun mengakui bangunan polis di Pontianak Utara tersebut sudah usang namun bangunan itu masih kukuh dan selamat dihuni.

Artikel Berkaitan: