Pulau Pinang sumbang RM1.25 juta kepada masjid, surau

 Kerajaan negeri Pulau Pinang menyalurkan sumbangan bernilai RM1,251,000 kepada masjid dan surau di seluruh negeri itu bagi kegunaan sepanjang tahun 2021.
Kerajaan negeri Pulau Pinang menyalurkan sumbangan bernilai RM1,251,000 kepada masjid dan surau di seluruh negeri itu bagi kegunaan sepanjang tahun 2021.
A
A
A

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang menyalurkan sumbangan bernilai RM1,251,000 kepada masjid dan surau di seluruh negeri itu bagi kegunaan sepanjang tahun 2021.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk program mengimarahkan enam masjid utama manakala RM251,000 lagi diagihkan kepada 242 masjid dan surau di seluruh negeri untuk Program Ehya’ Ramadan.

Beliau berkata, Masjid Negeri Pulau Pinang akan menerima RM510,000 diikuti Masjid Abdullah Fahim di Kepala Batas (RM130,000) manakala empat masjid daerah di Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan masing-masing menerima RM90,000.

“Peruntukan Program Pengimarahan Masjid ini akan digunakan untuk segala aktiviti dan program di masjid. Sekiranya masih tidak mencukupi, pihak masjid disaran menggunakan dana kutipan dari peruntukan masjid bagi meneruskan segala aktiviti sepanjang tahun dengan pengisian program serta aktiviti dirancang,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Ahmad Zakiyuddin berkata, semua masjid yang menerima sumbangan dikehendaki menyediakan petugas mencukupi untuk perjalanan masjid setiap hari seperti pegawai tambahan masjid terdiri daripada imam, bilal, siak dan memperkasakan kariah masjid agar dapat menarik jemaah datang ke masjid.

Beliau juga meminta agar semua masjid di negeri itu terus menjalankan Program Pemerkasaan Kariah Masjid dan Program Bantuan Rezeki dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membantu keluarga yang terputus bekalan makanan harian serta program sanitasi Covid-19 di dewan solat utama. - Bernama

Artikel Berkaitan: