Sekolah Agama Kerajaan Johor dibuka mulai 7 Mac

TOSRIN JARVANTHI
TOSRIN JARVANTHI
A
A
A

JOHOR BAHRU - Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Tahun Empat, Lima dan Enam akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 7 Mac ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, bagi Tadika Agama Johor (TAJ) bermula pada hari yang sama, manakala bagi sesi persekolahan murid Tahun Satu, Dua dan Tiga pula pada 8 Mac.

Katanya, bagi Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor dan sekolah menengah agama swasta yang berdaftar di negeri ini akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April.

"Sementara itu bagi Sekolah Rendah Agama Rakyat, Sekolah Rendah Agama Swasta, Institusi Tahfiz Swasta dan Institusi Pondok Swasta, Madrasah Malabar yang berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor akan memulakan persekolahan bermula 7 Mac.

"Bagaimanapun bagi institusi pendidikan Islam swasta ini yang masih dalam proses pendaftaran perlu memohon pembukaan sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ)," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, perincian garis panduan persekolahan bagi SAKJ dan sekolah-sekolah berasrama bagi Institusi Pendidikan Islam Negeri Johor akan dikeluarkan Bahagian Pendidikan Islam JAINJ.

"Walaubagaimanapun, ketetapan ini adalah tertakluk kepada arahan kerajaan dari masa ke masa," katanya.

Artikel Berkaitan: