LZS bantu wanita ditinggal anak

Salah seorang pasukan LZS hadir membantu wanita berkenaan untuk ditempatkan di Pusat Jagaan Warga Emas - FOTO: LZS
Salah seorang pasukan LZS hadir membantu wanita berkenaan untuk ditempatkan di Pusat Jagaan Warga Emas - FOTO: LZS
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) tampil membantu seorang wanita berkerusi roda yang ditinggalkan sendirian di tepi jalan dipercayai ditinggalkan oleh anaknya.

Menerusi kenyataan di Twitter LZS pada Isnin, bantuan itu dihulurkan susulan mendapat aduan daripada orang awam yang menjumpai wanita berkenaan di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

LZS berkata, ketika menemui wanita berkenaan, dia berpakaian lengkap serta berkerusi roda, bersama bungkusan lampin pakai buang dan beg pakaian.

"Pasukan LZS datang pada jam 8:30 malam untuk menyantuninya.

"Hasil siasatan mendapati wanita ini merupakan asnaf fakir," menurut kenyataan itu.

Pada hantaran sama, LZS memaklumkan, hasil bantuan pihak polis, mereka telah berjaya menghubungi waris wanita berkenaan.

Namun, difahamkan anaknya membuat keputusan tidak boleh menjaga ibunya lagi.

"Kami tempatkan wanita ini di Pusat Jagaan Warga Emas dan semua kos akan ditanggung oleh LZS.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih kepada orang awam yang menghubungi kami, Balai Polis Sri Muda, Shah Alam yang membantu menjejaki waris dan Pusat Jagaan Warga Emas Baitul Mawaddah, LZS yang bekerjasama membantu warga emas ini. Semoga ibu ini dapat dijaga dengan penuh kasih sayang," katanya.

Perkongsian kisah ini mendapat perhatian warga maya yang turut bersimpati terhadap nasib wanita berkenaan dan berharap masyarakat tidak melupakan segala jasa ibu bapa.

link Twitter -

https://twitter.com/zakatselangor/status/1363665270116507651?s=19