Soal siasat pencuri guna ular

A
A

Polis Indonesia memohon maaf dan berjanji akan mengambil tindakan disiplin selepas anggota mereka menggunakan ular terhadap suspek pencuri ketika sesi soal siasat di Papua, Indonesia.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki disoal siasat kerana disyaki mencuri telefon bimbit.

Mangsa menjerit ketakutan selepas reptilia itu melingkari lehernya.

Anggota penyiasat turut mengugut untuk memasukkan ular itu ke dalam mulut dan seluarnya.

Suspek akhirnya mengaku pernah mencuri telefon bimbit sebanyak dua kali.

Polis mengesahkan insiden itu berlaku ketika operasi jenayah di daerah Jayawijaya.

Ketua Polis Jayawijaya, Tonny Ananda Swadaya, berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pegawai yang melakukan kesalahan itu dengan menukarkannya ke tempat lain.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia