Calon SPM akui debaran hari pertama peperiksaan

Calon SPM SMK Seri Semantan ketika melalui pemeriksaan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan
Calon SPM SMK Seri Semantan ketika melalui pemeriksaan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan
A
A
A

TEMERLOH - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mengakui berdebar dan tidak sabar menjawab kertas peperiksaan selepas sekian lama menunggu detik bermakna itu.

Hari pertama menduduki peperiksaan tersebut yang berlangsung pada Isnin menjadi penentu buat mereka untuk menghadapi kertas-kertas lain.

Bagi dua pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan di sini, mengakui debarannya amat terasa selepas mereka terpaksa menunggu beberapa bulan untuk mendudukinya akibat pandemik Covid-19.

Muhamad Azli Azman,18 berkata, walaupun berdebar, dia telah bersedia sepenuhnya untuk menjawab kesemua kertas peperiksaan tersebut.

Muhammad Azli Azman
Muhammad Azli Azman

Menurutnya, dia akan cuba untuk tenang dan fokus ketika menjawab kertas peperiksaan Bahasa Melayu.

Reaksi sama turut diluahkan oleh Intan Humairah Ahmad Rajali, 18 yang melahirkan keyakinan untuk menjawab kertas peperiksaan tersebut dengan baik.

Artikel Berkaitan:

Intan Humairah Ahmad Rajali
Intan Humairah Ahmad Rajali

"Perasaan berdebar memang ada tapi saya tidak mahu ia menjadi penghalang untuk menjawab dan mendapatkan keputusan terbaik," katanya yang berhasrat untuk menjadi seorang guru.

Sementara itu, Muhammad Akmal Izzad Nasrul Afandi, 18, dari SMK Bukit Damar pula mengakui sedikit tertekanan untuk menduduki hari pertama SPM berikutan kesukaran dalam sesi pembelajaran sebelum ini.

Begitupun, anak kedua dari enam adik-beradik itu tidak mahu berputus asa dan akan berusaha menjawab kertas terbabit sebaik mungkin.