Akhirnya JDT mampu...

JDT akan mengumumkan seorang pemain import dan tempatan baharu dalam masa terdekat. Foto JOHOR SOUTHERN TIGERS
JDT akan mengumumkan seorang pemain import dan tempatan baharu dalam masa terdekat. Foto JOHOR SOUTHERN TIGERS
A
A
A
SELEPAS setahun mengikuti perkembangan seorang pemain luar negara, akhirnya Johor Darul Ta'zim (JDT) mampu untuk menandatangani pemain yang dijangka mengisi kuota import ketiga skuad Harimau Selatan.

Tanpa mendedahkan nama, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata peruntukan lebih besar yang diperuntukkan kelab untuk menghadapi musim 2019 membolehkan pemain impiannya itu di bawa masuk untuk memperkuatkan pasukan musim depan.

"Kami akan menandatangani seorang lagi pemain luar negara yang saya sendiri telah mengikuti perkembangan beliau selama setahun kerana kami tidak mampu ketika itu dengan harga pemain tersebut yang tidak berada dalam peruntukan kelab.

"Alhamdulillah pada tahun ini adalah lebih sesuai untuk kami menandatangani beliau. Kami akan menyelesaikan proses menandatangani pemain luar negara ini dan seorang pemain tempatan yang baharu dalam masa terdekat," katanya di laman rasmi kelab, Johor Southern Tigers.

Pada masa sama, Tunku Ismail turut berkongsi perkembangan stadium baharu Harimau Selatan yang masih dalam pembinaan.
Artikel Berkaitan:


"Projek stadium baharu kami dan pembinaan Ibu Pejabat JDT juga telah berjalan dengan lancar. Kakitangan kami yang menguruskan padang telah mula melakukan kerja-kerja mereka di stadium baharu.

"Saya ingin memaklumkan kepada semua penyokong bahawa semua projek kami adalah projek jangka masa panjang dan ia bukan setakat ini sahaja tetapi banyak lagi perancangan kelab yang tersusun," katanya lagi.