Mohamad Ammar Dhani sudah tiada

Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7, yang sebelum ini telah mencapai impiannya untuk menaiki kereta peronda polis (MPV), meninggal dunia semalam.
Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7, yang sebelum ini telah mencapai impiannya untuk menaiki kereta peronda polis (MPV), meninggal dunia semalam.
A
A
A

KEPALA BATAS - [DIKEMASKINI] Kanak-kanak lelaki yang menderita penyakit kanser leukemia tahap empat yang impiannya mahu menaiki kereta peronda (MPV) polis telah meninggal dunia, petang Ahad.

Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7 tahun dilaporkan meninggal dunia di kediaman keluarganya di Kampung Bakar, Bata kira-kira jam 6 petang.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor selepas dihubungi keluarga kanak-kanak berkenaan.

"Saya baharu dapat berita kanak-kanak leukemia yang bersama saya menaiki MPV Polis telah meninggal dunia.

"Jenazah akan dikebumikan di Masjid Bakar Kapor berhampiran dengan Kampong Agong di sini pada jam 10 pagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan impian Mohamad Ammar tercapai apabila dia berpeluang menaiki MPV terbaharu jenis Honda Civic dan turut ditemani sendiri Ketua Polis Daerah SPU dalam satu majlis khas yang diadakan.

Anak sulung daripada empat beradik itu disahkan menderita penyakit kanser sejak berusia dua tahun mengakui sangat teruja apabila impiannya sejak kecil dapat ditunaikan walaupun hanya sekejap menaiki kenderaan berkenaan.

Artikel Berkaitan: